Moto Watch 40 Dilancarkan Dengan Bateri 10 Hari

TechnologyDigital
8 Feb 2024 • 1:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Moto Watch 40 telah dilancarkan secara rasmi sekaligus menjadi tambahan baharu yang melengkapi barisan produk berkenaan. Ia menggunakan tubuh berasaskan aloi zink dengan kerangka melengkung dan tali jam silikon untuk rekaan fizikal.

Melaluinya juga skrin LCD 1.57-inci digunakan dengan 100 pilihan muka jam yang boleh dikostumasi. Turut diberikan sensor kesihatan dan kecergasan standard terbina yang termasuk pemantauan jantung, tidur dan tekanan harian. Ia juga diperakui kalis air dan habuk IP67, selain boleh beroperasi sehingga 10 hari dengan sekali pengecasan.

image is not available

Tambatan ke peranti boleh dibuat melalui Bluetooth 5.0, yang juga serasi dengan aplikasi pihak ketiga seperti Google Fit. Ia turut menyokong pemberitahuan pintar tebina tanpa kebolehan membalas dan menjawab panggilan.

Moto Watch 40 didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Rose Gold dengan harga $65 (~RM309.66) seutas.