Syarikat Yang Menyebabkan Jualan Apple Watch Diharamkan Melancarkan Jam Tangan Pintar Sendiri

TechnologyDigital
22 Jan 2024 • 7:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masimo Corp melancarkan jam tangan pintar Masimo Freedom dengan kemampuan mengesan kepekatan oksigen dalam darah. Ia adalah tangan pintar pertama keluaran mereka untuk kegunaan orang ramai kerana sebelum ini hanya menawarkan produk bagi kegunaan industri perubatan. Freedom dilancarkan selepas Masimo berjaya menghalang jualan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 di Amerika Syarikat kerana melanggar paten oksimeter milik mereka.

image is not available

Jam mempunyai muka berbentuk bulat dengan butang kawalan pada dan butang privasi di bahagian kiri. Sementara itu di sebelah kanan pula terdapat pada sesentuh untuk menatal skrin. Ia boleh menjejak tahap air dalam tubuh, kadar degupan jantung, tahap respirasi, menjejak tidur dan mengesan sekiranya pemakai terjatuh.

Menurut Masimo, sensor pada Freedom adalah paling jitu di pasaran kerana mengambil kira warna kulit, pergerakan dan aliran darah pemakai. Kepakaran selama 30 tahun menghasilkan alat perubatan digunakan oleh Masimo pada Freedom. Masimo Freedom dijual pada harga $999 (~RM4709) seutas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved