Moto X40 Tertiris Dengan Snapdragon 8 Gen 2 Dan Pelindungan IP68

TechnologyDigital
29 Nov 2022 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Motorola Moto X30 Pro telah dilancarkan sebelum ini sebagai telefon pintar terawal dengan kamera 200MP yang menggunakan sensor ISOCELL HP 1. Selain itu, ia juga dimuatkan beberapa ciri menarik lain seperti cip Snapdragon 8+ Gen 1, kadar segar semula 144Hz dan pengecasan 125W.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan – Moto X30 Pro

Perkembangan baharu mendedahkan terdapatnya variasi baharu untuk siri Motorola X yang bakal tiba tidak lama lagi. Dikenali sebagai Motorola Moto X40, pengenalannya dijadualkan berlangsung sekitar Disember ini tetapi tiada tarikh atau masa khusus yang ditetapkan setakat ini. Beberapa spesifikasi utama pada peranti turut didedahkan.

Ini termasuklah cip Snapdragon 8 Gen 2 digunakan untuk tunjang utama, sekaligus menjadikannya berada dalam kelompok peranti berspesifikasi mercu. Pada masa sama, ia juga bakal dimuatkan dengan kemampuan kalis air serta debu IP68 sebagai pelindungan tambahan.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan – Moto X30 Pro

Menurut jangkaan awal, peranti dipercayai menggunakan skrin OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Turut disertakan adalah tri-kamera dengan tetapan 50MP + 50MP + 12MP yang turut menyokong kebolehan zum optikal mencapai 4X.