MotoGP 2025: Marquez sah naib juara, Bagnaia menang perlumbaan pecut

FootballSports
25 Oct 2025 • 11:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SEPANG, 25 OKT: Pelumba BK8 Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez mengesahkan status selaku naib juara dunia MotoGP 2025 selepas menamatkan perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Malaysia di tempat kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Adik kepada juara dunia Marc Marquez itu meraih sembilan mata hasil kedudukan podium berkenaan, sekali gus mengumpul keseluruhan 388 mata walaupun saingan musim ini masih berbaki dua pusingan - GP Portugal dari 7 hingga 9 November dan GP Valencia dari 14 hingga 16 November ini.

Dalam masa sama, kedudukan tempat ketiga keseluruhan turut berubah apabila pelumba Ducati, Francesco Bagnaia (286 mata) memintas pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi (285 mata).

Perlumbaan pecut 10 pusingan itu menyaksikan Bagnaia muncul juara dengan catatan masa 19 minit 53.725 saat (s), diikuti Alex (19:55.984s) dan rakan sepasukannya Fermin Aldeguer (19:56.863s) di tempat ketiga.

Alex mengakui kejayaan itu sesuatu yang tidak dijangka, apatah lagi ketika abangnya, Marc, masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan bahu yang memaksanya menamatkan musim lebih awal.

“Marc kini berada di rumah dan saya gembira dapat melakar sejarah ini. Kami masih ada tiga perlumbaan untuk dinikmati, mencuba beberapa perkara untuk musim depan, tetapi yang utama - menikmati setiap detik,” katanya kepada media selepas perlumbaan.

Sementara itu, Bagnaia yang juga juara bertahan di Litar Sepang meluahkan rasa puas hati selepas Berdepan detik mencabar aabila tidak menamatkan saingan di GP Indonesia dan Australia sebelum ini.

“Minggu lalu kami berdepan banyak masalah. Semalam pun masih ada sedikit kesukaran, tetapi hari ini saya lebih kompetitif. Kami perlu faham apa sebenarnya berlaku kerana situasi sebegini jarang terjadi.

“Saya cuba sesuatu yang berbeza hujung minggu ini, dan perubahan itu memberikan keyakinan serta rasa lebih baik ketika menunggang,” katanya.

Perlumbaan utama MotoGP Malaysia akan berlangsung esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved