MotoGP: Acosta tak harap keajaiban enjin KTM

9 Aug 2026 • 10:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Acosta tak harap keajaiban enjin KTM

SILVERSTONE – KTM mungkin kembali dengan kuasa enjin penuh di Grand Prix (GP) Aragon hujung bulan ini, namun Pedro Acosta tidak menjangkakan perubahan pembaikan itu mampu memberikan lonjakan prestasi besar kepada jentera RC16.

Pengeluar Austria itu mendapat kebenaran daripada pasukan pesaing untuk membuka enjin dan menggantikan komponen bermasalah yang menyebabkan jentera KTM mengalami masalah terhenti secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, pembaikan berkenaan belum sempat disiapkan untuk GP Britain di Silverstone, menyebabkan KTM masih terpaksa menggunakan penyelesaian sementara yang mengehadkan prestasi enjin.

Menurut Acosta, kehilangan kuasa itu paling ketara ketika melalui laluan lurus di Mugello pada GP Itali, namun dia menegaskan penyelesaian masalah itu tidak akan terus menjadikan KTM jauh lebih pantas.

“Memang ada beberapa batasan pada enjin selepas masalah yang dialami semua jentera KTM di Barcelona. Memang ada sedikit prestasi yang hilang, tetapi tiada apa-apa yang akan memberikan kami tiga persepuluh saat,” katanya.

Walaupun berdepan kekangan teknikal, pelumba Sepanyol itu masih percaya peluang untuk menamatkan musim dalam kelompok tiga terbaik kejuaraan dunia MotoGP belum tertutup.

Acosta kini berada di tangga ketujuh kejuaraan dengan 42 mata memisahkannya daripada pelumba di tempat ketiga, Marco Bezzecchi, dan menyifatkan kutipan mata secara konsisten sebagai kunci untuk mengejar kedudukan berkenaan.

“Kami perlu terus percaya, tetapi pada masa sama kami tidak boleh kehilangan mata dengan mudah. Saya yakin kelompok tiga terbaik masih realistik jika kami tidak melakukan banyak kesilapan, sama ada daripada pihak saya atau dari segi teknikal,” katanya.

CAPTION : PELUMBA KTM, Pedro Acosta ketika bersaing di Litar Silverstone, England. -AFP.

The post MotoGP: Acosta tak harap keajaiban enjin KTM appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved