MotoGP: Aprilia belum berputus harap

13 Nov 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Aprilia belum berputus harap

DOHA – Rentak kurang konsisten pada penghujung musim saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) mungkin akan menyebabkan Aprilia terlepas peluang untuk memenangi gelaran bagi kategori pasukan dan pengeluar.

Ketika ini mereka hanya ketinggalan lapan mata di belakang Ducati, namun mereka mungkin terus ketinggalan untuk mencabar kejuaraan kategori pengeluar sekiranya dua pelumba mereka, Jorge Martin dan Marco Bezzecchi gagal menyekat kemaraan Marc Marquez.

Berbaki dua perlumbaan musim ini, Marquez dilihat sukar untuk disekat bagi memastikan kejuaraan dunia menjadi miliknya, sekali gus memenangi gelaran dunia ke-10 dan kelapan bagi kelas perdana itu.

“Secara keseluruhan, pasukan melakukan tugas yang sangat menakjubkan dengan menyediakan jentera kompetitif pada saingan musim ini. Saya sangat teruja dan optimis untuk saingan musim depan.

“Memang benar kami kehilangan banyak mata, tetapi saya lebih rela berada dalam situasi seperti ini berbanding berdepan masalah jentera perlahan atau sebagainya,” kata ketua pasukan Aprilia, Massimo Rivola.

Selepas mencatat keputusan positif pada GP Qatar minggu lalu, beliau tetap menaruh sepenuh kepercayaan Aprilia masih mampu untuk meraih gelaran bagi kategori pengeluar dalam dua perlumbaan terakhir.

“Kami sedia untuk berjuang hingga ke garisan penamat dengan harapan memenangi gelaran bagi kategori pasukan. Selepas itu, kami mahukan takhta pengeluar kerana ia sangat penting buat Aprilia,” ujarnya. – AGENSI

 

The post MotoGP: Aprilia belum berputus harap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved