
Selepas hampir tiga dekad menjadi tuan rumah, pusingan MotoGP di Phillip Island Circuit dijangka bakal berakhir dalam masa terdekat.
Laporan terkini menyebut kerajaan negeri Victoria (Kerajaan Negeri Melbourne) telah menolak cadangan memindahkan perlumbaan ke Albert Park Circuit, sekali gus membuka kemungkinan MotoGP berpindah ke negeri lain.
Antara sebab utama Phillip Island mahu dihentikan ialah kos penganjuran yang semakin tinggi. Kerajaan negeri perlu menanggung subsidi jutaan dolar setiap tahun untuk mengekalkan perlumbaan, namun pulangan ekonomi dilihat semakin menurun.
Jumlah pengunjung juga dikatakan tidak lagi konsisten seperti dahulu. Faktor lokasi yang agak terpencil, kos logistik tinggi serta cuaca yang sering tidak menentu menjadi cabaran besar untuk menarik kehadiran penonton dan pelancong.
Selain itu, keadaan cuaca ekstrem di kawasan pantai sering menyebabkan gangguan jadual perlumbaan, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan dan kos operasi.
Kini, Adelaide muncul sebagai calon utama untuk mengambil alih penganjuran bermula 2027, dengan The Bend Motorsport Park disebut sebagai venue paling berpotensi.
Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, musim 2026 berkemungkinan menjadi edisi terakhir MotoGP di Phillip Island, menutup tirai salah satu trek paling ikonik dalam sejarah kejuaraan dunia.
The post MotoGP Bakal Tinggalkan Phillip Island, Tapi Plan B tak berjaya appeared first on TW Media.


