MotoGP: Hakim Danish kutip mata di Qatar

8 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

MotoGP: Hakim Danish kutip mata di Qatar

Pelumba negara Moto3, Hakim Danish Ramli, terpaksa berpuas hati dengan menamatkan perlumbaan Moto3, Grand Prix (MotoGP) Qatar menyaksikan di tempat ketujuh.

Ternyata pusingan perlumbaan kali ini pelumba asal Terengganu itu perlu berpuas hati dengan hanya memungut sembilan mata sahaja.

Aksi di Litar Losail ini nyata lebih tertumpu kepada tiga pelumba membabitkan David Almansa, Adrian Fernandez dan juga Maximo Quiles yang memimpin sejak awal perlumbaan.

Ketiga-tiga pelumba tersebut menyajikan aksi sengit apabila saling bertukar posisi memimpin perlumbaan.

Bagaimanapun, memasuki lima pusingan terakhir, Almansa nyata berada di kelasnya yang tersendiri apabila selesa menjarakkan diri daripada dua pelumba itu di belakang.

Almansa tidak berdepan tentangan sejak itu hinggalah mencecah garisan penamat selaku juara pusingan perlumbaan ini, disusuli Fernandez selaku naib juara manakala Quiles ketiga..

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved