MotoGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil

23 Mar 2026 • 8:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan Grand Prix (GP) Brazil di kedudukan ke-10 sekali gus meneruskan rentak konsisten dengan satu lagi keputusan positif dalam kempen musim ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas mempamerkan aksi cemerlang pada sesi kelayakan, semalam.

Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 24 pusingan susulan kemalangan yang berlaku.

Perlumbaan yang bermula dengan penyertaan 24 pelumba itu menyaksikan hanya 12 pelumba kembali bersaing dalam lima pusingan penentuan selepas insiden berkenaan.

Perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Máximo Quiles, yang menewaskan Marco Morelli dari Argentina dengan kelebihan tipis 0.143 saat (s).

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang menamatkan perlumbaan 1.650s di belakang juara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved