MotoGP: Marquez rampas kedudukan pendahulu

15 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Marquez rampas kedudukan pendahulu

MISANO – Juara dunia lapan kali, Marc Marquez melakar kebangkitan sensasi untuk merampas kedudukan perebutan gelaran dunia MotoGP selepas melakar kemenangan berganda di Grand Prix (GP) San Marino, kelmarin.

Pelumba Ducati itu berjaya memadam jurang mata sebelum ini selepas ketinggalan di belakang Marco Bezzecchi menerusi kutipan 37 mata maksimum di Misano selepas pelumba Aprilia tersebut terjatuh pada awal perlumbaan.

Walaupun berkongsi 274 mata dengan Jorge Martin, pelumba Ducati itu berhak menduduki tangga teratas berdasarkan kelebihan jumlah kemenangan yang diraihnya musim ini.

Marquez mengakui dia merasai kebangkitan itu selepas pencabar utama melakukan kesilapan sekali gus membuka ruang untuknya kembali dalam persaingan perebutan gelaran dunia.

“Di Mugello, saya belum pulih 100 peratus, tetapi keputusan untuk berlumba di sana membolehkan saya meningkatkan keyakinan kembali memenangi perlumbaan. Ketika itu, saya belum memikirkan kejuaraan kerana ia bukan dalam tangan saya.

“Namun, pencabar saya memberi saya peluang untuk merebut gelaran dan saya menyukainya. Sejak itu, saya sedar perlu mendapatkan gaya tunggangan terbaik dan memastikan jentera sentiasa bersedia,” katanya.

Marquez turut mengakui kesilapan Bezzecchi yang terbabas pada pusingan pertama banyak membantunya dalam usaha mengukuhkan kedudukan di depan. – AGENSI

The post MotoGP: Marquez rampas kedudukan pendahulu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved