“Motor buat cari rezeki” – Hampir Hanyut Dibawa Arus Banjir, Netizen Sebak Lihat Pakcik Berpaut Pada Motosikal

Entertainment
12 Aug 2024 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular di media sosial beberapa kawasan di Masjid Tanah, Melaka dilanda banjir kilat yang teruk.

Menurut laporan, hujan dikatakan turun sejak jam 5 pagi semalam dan berlanjutan sehingga ke petang, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air hingga ke paras 1 meter di Pekan Masjid Tanah.

image is not available

Susulan itu juga, tular satu video memaparkan seorang lelaki dilihat hampir-hampir dibawa arus banjir yang dahsyat ketika menunggang motosikal.

Lelaki itu dilihat bergelut dengan arus sambil berpaut pada motosikalnya dan kejadian itu juga disaksikan orang ramai yang cuba membantunya.

@hancur_1110

MASJID TANAH BANJIR SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ORG DISANA MARI RMAI II DOA KAN MEREKA SLMT#fyp #fypシ゚viral #viral #fypシ #banjir2024 #masjidtanah #melakahawau #fyp

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Dalam video yang lain, dapat dilihat beberapa orang membantu lelaki berkenaan dengan berpegangan antara satu sama lain, manakala lelaki itu pula dilihat agak berat hati untuk meninggalkan motosikalnya yang bakal tenggelam di dalam banjir.

Namun dia akhirnya berjaya diselamatkan bersama mesin rumput yang dibawanya oleh orang awam di tempat kejadian.

@anak_acuseman

Terima kasih semua org baik2 Part 2 kat komen..sebelom kejadian…#fypシ゚viral #banjir #down #masjidtanah

♬ original sound – JESBON_76 – JESBON_76

Rata-rata netizen yang melihat video itu bersimpati dengan nasib yang dialami penunggang motosikal itu dan berharap agar ada mereka yang baik hati menyumbang motosikal baru buat lelaki berkenaan.

image is not available

Mungkin itu sahaja harta yang dia ada. Kesian tengok pakcik tu berpaut je pada motosikal tu.

Sumber: TikTok, BH

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.