

Beberapa video yang dirakam semasa banjir di Shenyang, China menjadi bualan hangat di media sosial China gara-gara motor elektrik belakang sebuah BYD Tang tercabut dan terjatuh di atas jalan raya ketika SUV itu meredah banjir , lapor laman berita CarNewsChina.
Susulan itu, BYD tampil menjelaskan bahawa motor belakang elektrik itu tercabut kereana kenderaan tersebut dipercayai terlanggar objek yang tenggelam semasa memandu meredah banjir. Syarikat itu menyifatkan insiden berkenaan sebagai kerosakan akibat impak (pelanggaran) dan bukannya daripada kecacatan pembuatan.
BYD turut menegaskan kerosakan tersebut berpunca daripada hentaman pada bahagian bawah kenderaan dan bukannya isu kualiti atau kecacatan komponen.



