
Jenama gaya hidup automotif terkemuka, Motormaniac, sekali lagi mencuri perhatian apabila Motormaniac Drift Meet Vol. 2 berlangsung dengan penuh meriah di Motormaniac HQ, menarik lebih 10,000 pengunjung sejak petang tadi. Acara ini mengukuhkan kedudukan Motormaniac sebagai platform utama yang memacu perkembangan budaya drift dan komuniti automotif moden di Malaysia.









Diasaskan oleh Wan Mikhail Faizi, atau lebih dikenali sebagai Mike, Motormaniac berkembang di bawah ekosistem Bateriku.com sebagai jenama gaya hidup automotif yang menggabungkan elemen kereta, motorsport, hiburan dan komuniti.
Menurut Mike dalam sidang media ringkas:
“Misi kami adalah membina komuniti. Bila komuniti kuat, barulah mereka mengenali Bateriku.com dan produk kami seperti Astra Batteries.”
Beliau turut hadir ditemani isteri, yang sentiasa menjadi sokongan utama sepanjang perjalanan pembangunan Motormaniac.
Sejak penubuhannya, Motormaniac pernah menganjurkan car meet berskala besar yang menghimpunkan sehingga 300 kereta dalam satu sesi.
Motormaniac Drift Meet Vol. 2 menampilkan pendekatan acara yang lebih komprehensif dengan gabungan drift, hiburan dan aktiviti komuniti, termasuk:

- 22 kereta drift dari pelbagai kelas
- One Dream Layout – trek teknikal yang direka sesuai untuk semua tahap kemahiran drifter
- Persembahan B-boy
- Jualan merchandise Motormaniac
- Taxi Ride Drift untuk memberi pengalaman drift sebenar kepada pengunjung
Motormaniac juga menjadi satu-satunya penganjur yang menyediakan platform drift secara percuma kepada drifter, sebagai usaha membangunkan bakat tempatan dalam sukan yang sering dikaitkan dengan kos penyertaan yang tinggi.
Menurut Mike:
“Di Malaysia, kos drift memang tinggi. Kami mahu buka platform ini untuk semua, tanpa bayaran.”







Acara ini turut menyaksikan pelancaran livery Project S15 baharu, yang akan digunakan dalam pertandingan drift oleh pasukan Motormaniac. Hadir dengan tema Motormaniac x Astra Battery, livery ini menampilkan rekaan agresif, moden dan seiring dengan identiti jenama. Kereta ini juga diperkenalkan sebagai kereta drift rasmi kereta drift rasmi yang akan menyertai kejohanan kompetitif termasuk:
- National Drift Series
- D1 Grand Prix (D1GP) Malaysia
- King of Drift
Kereta ini kini tampil dengan identiti penuh Astra Batteries, menandakan komitmen Motormaniac untuk bergerak ke tahap lebih profesional dalam arena drift.
Astra Batteries: Teknologi Tempatan Yang Dipercayai Komuniti Drift

Sebagai jenama di bawah Bateriku.com, Astra Batteries memainkan peranan besar dalam penganjuran acara ini. Hampir 90% kereta drift yang mengambil bahagian menggunakan bateri Astra membuktikan keyakinan drifter Malaysia terhadap kualiti produk tempatan tersebut.
Keistimewaan Astra Batteries:
- Waranti 8 bulan (5 bulan full replacement)
- Tuntutan waranti seluruh Malaysia melalui batterypro.com
- Pensijilan SIRIM
- Perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM7,000
- Sistem “Drip Down Mechanic” untuk memudahkan proses tuntutan waranti
Menurut Mike:
“Kadang kerosakan bukan pun berpunca dari bateri, tapi mekanik yang kena marah. Astra memudahkan mekanik kerana semua tuntutan pergi terus ke HQ.”
Sejak 2022, Astra telah terjual lebih 1 juta unit di seluruh Malaysia.
Pelan Pembangunan Drift Bertaraf Rasmi
Motormaniac kini sedang berbincang dengan APD Serdang untuk menganjurkan sebuah kejohanan drift berskala besar yang bakal diiktiraf MAM, sebagai usaha membuka laluan profesional kepada bakat drift tempatan.
“Kami mahu membina laluan profesional untuk drifter Malaysia. Sudah tiba masa drift Malaysia naik level,” tambah Mike.
Dengan sokongan komuniti, kerjasama strategik bersama Bateriku.com, dan teknologi Astra Batteries, Motormaniac terus membentuk landskap baharu dunia automotif Malaysia menggabungkan gaya hidup, sukan permotoran, hiburan dan pembangunan komuniti dalam satu pergerakan nasional.
The post Motormaniac Drift Meet Vol. 2 Himpunkan 22 Kereta Drift, 10,000 Pengunjung & Lancar Kereta Projek Baharu Motormaniac & Astra Batteries appeared first on TW Media.
