Motosikal hilang kawalan, remaja maut ibu parah

2 Mar 2026 • 9:04 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan maut manakala ibunya parah selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Masai Lama, Masai di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi membabitkan motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz.

“Motosikal berkenaan ditunggang seorang wanita berusia 20 tahun, manakala pembonceng adalah ibunya yang berusia 47 tahun. 

“Semasa melalui lokasi kejadian, motosikal tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, remaja berkenaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya parah dan kini sedang dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sehubungan itu, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved