
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia setiap manusia pastinya mempunyai dugaan dan ujian yang tersendiri.
Mungkin ujian yang dihadapi kita lebih besar berbanding orang lain dan mungkin juga tidaklah seteruk musibah yang melanda individu lain.
Bagi umat Islam, kita harus percaya bahawa setiap ujian yang dihadapi itu adalah tanda Allah SWT menyayangi kita. Sebagai hambaNya, kita harus reda dan kuat dalam menghadapi dugaan tersebut.
Rider hampir mengalah dengan dugaan hidup
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan luahan seorang penghantar makanan yang nyaris berputus asa selepas ditimpa pelbagai dugaan namun tetap bangkit demi meneruskan perjuangan hidup.
Lelaki terbabit berkongsi luahannya itu di akaun TikTok miliknya @diaririderbangkit5 selepas motosikal yang ditunggangi ketika mencari rezeki secara tiba-tiba mati di atas ‘flyover’ sebuah lebuh raya.
Lebih membimbangkan, apabila terlintas di fikiran lelaki itu untuk menamatkan sahaja riwayat hidupnya kerana tidak lagi tahan dengan dugaan demi dugaan yang terus menimpanya.
“Allahuakhbar berat sungguh rasa dada tadi. Atas bukit Federal Highway ini dengan motosikal yang tiba-tiba mati. Syaitan bisik suruh terjun sahaja tamatkan semua beban ini, rasa buntu sangat sebab baru sahaja nak mula cari rezeki,” tulisnya di kapsyen.
Rider sempat sedar, diri perlu lebih kuat dari ujian
Bagaimanapun, rider berkenaan sempat sedar bahawa dirinya tidak boleh mengalah dengan ujian yang dihadapi dan bersikap pentingkan diri.
Lelaki itu mengakui bahawa dia perlu kuat kerana ada ‘tanggungjawab’ yang menunggunya di rumah.
“Saya gagahkan juga tolak motosikal walaupun tak tahu macam mana nak cari modal baiki sebanyak RM2,000 itu. Doakan saya kuat ya semua, ujian ini berat tetapi saya kena lebih kuat dari ujian ini,” tulisnya lagi.
@diaririderbangkit5 "Allahuakbar, berat sungguh rasa dada tadi. Atas bukit Federal Highway ni, dengan motor yang tiba-tiba mati, syaitan bisik suruh terjun je tamatkan semua beban ni. Rasa buntu sangat sebab baru je nak mula cari rezeki lepas akaun Grab aktif pagi ni. Tapi saya sedar, saya tak boleh pentingkan diri. Ada amanah yang menunggu saya balik. Saya gagahkan juga tolak motor ni walaupun tak tahu macam mana nak cari modal repair RM2 ribu tu. Doakan saya kuat ya semua. Ujian ini berat, tapi saya kena lebih kuat dari ujian ini." #PerjuanganHidup #Dugaan #GrabMalaysia #FederalHighway #JanganPutusAsa ♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian
Netizen pakat beri kata semangat, siap minta kod QR untuk bantu beri sumbangan
Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi kata-kata semangat kepada lelaki itu agar dia terus kuat menghadapi dugaan yang menimpanya.
Tidak kurang juga ramai yang ingin tampil membantu lelaki terbabit dengan meminta kod QR untuk memberi sedikit sumbangan bagi kos membaiki motosikal berkenaan.
Malah, ada juga yang memintanya mengamalkan doa Nabi Musa agar segala urusannya diberi kemudahan oleh Allah.




Jika anda atau kenalan terdekat mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami kongsikan beberapa pihak yang boleh dihubungi untuk membantu. Antaranya:
- Malaysian Mental Health Association (MMHA)
Nombor telefon: +60327806803
E-mel: admin@mmha.org.my
Website: https://mmha.org.my/ - Befriends
Nombor telefon (Kuala Lumpur): +60379568145
Nombor telefon (Ipoh): +6055477933
Nombor telefon (Pulau Pinang): +6042815161
E-mel: sam@befrienders.org.my
Website: https://www.befrienders.org.my/ - All Women’s Action Society (AWAM)
Nombor telefon: +60378770224
E-mel: awam@awam.org.my
Website: https://www.awam.org.my
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Ada Orang Infak”- Rider Sebak Lepas Tahu Ada Individu Bayarkan Kos Baiki Motor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Dia Baru Tengok Papa Zola” – Ramai Terharu Lihat Rider Terima Tips Ratusan Ringgit Dari Mat Saleh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Terlibat Kemalangan Ngeri & Nyaris Hilang Nyawa, Rider Terus Bangkit Buat 30 Penghantaran Sehari
