Motosikal Yamaha Y15 Hilang, Rumah Pemain Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee Dipecah Masuk

23 May 2024 • 8:24 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pemain pertahanan Selangor FC iaitu Khuzaimi Piee pula menjadi mangsa apabila rumahnya dipecah masuk oleh individu tidak dikenali pada malam, Rabu.

Tidak Alami Kecederaan

Khuzaimi menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, tiada sebarang kecederaan yang dialami Khuzaimi sekeluarga buat masa ini.

 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat Khuzaimi, beliau mendapati pintu pagar rumahnya sudah terbuka selepas pulang daripada menjalani latihan bersama Selangor pada jam 9.00 malam.

 

Sebaik sahaja Khuzaimi memeriksa keadaan dalam rumah, dia mendapati beberapa barang miliknya hilang antaranya motosikal Yamaha Y15 berwarna biru, beg silang pelbagai jenama dan pasport.

 

Khuzaimi kemudiannya meminta jasa baik orang ramai agar dapat membantunya mencari motosikal yang dicuri itu. Sebarang maklumat boleh dimaklumkan kepada beliau atau balai polis berhampiran.

 

“Kepada sesiapa yang terlihat motor y15 movistar biru plat RV1700 minta maklum kepada saya atau balai polis terdekat," katanya.

 

Kejadian jenayah ini merupakan kejadian jenayah terbaru membabitkan pemain bola sepak kebangsaan.

Sebelum ini, arena bola sepak negara dikejutkan dengan insiden samun yang menimpa Akhyar Rashid, insiden simbahan asid yang menimpa Faisal Halim dan insiden cermin kereta Safiq Rahim dipecahkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved