MoU perkasa undang-undang syariah di Perak

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 5:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MoU perkasa undang-undang syariah di Perak

IPOH – Memorandum persefahaman (MoU) strategik melibatkan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Perak dapat memperkasa undang-undang syariah di negeri ini terutamanya melibatkan penyelidikan berkaitan kehakiman.

Menurut Naib Canselor USAS, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof, MoU itu merupakan sesi kedua selepas ia dimeterai pada 2020 dengan hasil yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Yang penting adalah penerbitan Jurnal Al-Qanun (berkaitan hukum syarak, perundangan Islam, institusi kehakiman syariah, serta analisis kes dan fatwa) telah memasuki jilid keempat dan kelima akan diterbitkan pada tahun ini.

“Kerjasama untuk mengadakan program Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DKGS) telah terlaksana dan ada graduan telah beramal di mahkamah syariah dengan menjadi peguam syarie termasuk di mahkamah syariah di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Mahkamah Syariah Perak, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab. Rahman Thobroni Mohd. Mansor memaklumkan, MoU itu akan turut melibatkan platform digital perintah mahkamah, keputusan dan alasan penghakiman secara digital.

“Sekarang ini secara jurnal, secara fizikal tetapi kita hendak buat secara digital pula. Jadi, orang awam boleh akses terus melalui platform digital khususnya pengamal undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MoU perkasa undang-undang syariah di Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved