MoU peruntukan: Mesyuaratlah dahulu, draf boleh dipinda, kata PM

LocalPolitics
10 Mar 2025 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika ditemui pemberita selepas majlis Sambutan Hari Hasil ke-29, di sini pada Isnin.

CYBERJAYA - Perdana Menteri menempelak Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung syarat Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN yang dikatakan terlalu ketat dan tidak adil.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ruang perbincangan antara pembangkang dan kerajaan sentiasa terbuka.

"Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuaratlah dahulu, draf itu boleh dipinda.

"Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hasil ke-29, di sini pada Isnin.

Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan PN menolak MoU tersebut sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.

Ia seolah-olah perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan.

AKAN MENYUSUL