
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) telah memperbaharui MoU untuk Mencari Penyelesaian Jangka Masa Panjang Kepada Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah.
MoU yang sebelum ini dikenali sebagai MoU Mengenai Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah akan berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun dari 2023 hingga 2028 dan pertama kali ditandatangani di antara Suhakam dan Komnas HAM pada April 2019 dengan CHRP sebagai pemerhati rasmi.
Ia kemudiannya diperbaharui sebanyak dua kali dan dilanjutkan sehingga Disember 2022 dengan penglibatan rasmi ketiga-tiga pihak, menurut kenyataan media.
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut termasuk mesyuarat peringkat tertinggi dengan Ketua Menteri Sabah dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, kenyataan media bersama, anjuran dialog dalam talian dan lawatan ke sebuah pusat pemindahan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal di Filipina.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pembaharuan MoU selama lima tahun ini menggambarkan komitmen semua pihak untuk mempergiatkan kerjasama sedia ada melalui kolaborasi dengan kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam mencari penyelesaian yang kukuh ke arah penambahbaikan situasi hak asasi manusia orang tanpa kewarganegaraan dan orang yang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan di Sabah.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.



