Mourinho mungkin latih Brazil - Alberto

10 Jan 2023 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mourinho disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas sebagai jurulatih Brazil. - Foto Agensi

SPEKULASI Jose Mourinho untuk menjadi pengendali baharu Brazil semakin hangat diperkatakan.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas pemain antarabangsa Selecao, Carlos Alberto yang dikhabarkan akan turut bersama dalam pasukan Mourinho tersebut.

Alberto yang memenangi Liga Juara-Juara di bawah Mourinho di Porto memberitahu bahawa dia telah ditawarkan peluang untuk bekerja bersama pengendali kelahiran Portugal itu sebagai sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Brazil.

“Mungkin (Mourinho) akan dilantik sebagai jurulatih pasukan Brazil. Saya bercakap secara langsung. Ia adalah maklumat.

“Tidak kira dari mana maklumat itu datang, saya memberi anda maklumat. Ini kerana saya juga dijemput (sebagai jurulatih kedua),” katanya.

Brazil giat mencari ketua jurulatih baharu selepas Tite melepaskan jawatannya berikutan kekalahan mengecewakan Brazil kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia 2022 bulan lalu.

Mourinho adalah salah seorang daripada beberapa nama yang dilaporkan akan mengambil alih kerusi panas melatih Brazil.

Jurulatih berusia 59 tahun itu sebelum ini turut disebut-sebut berada dalam radar Portugal berikutan Fernando Santos meletak jawatan.

Bagaimanapun, Roberto Martinez telah dilantik mengendalikan Portugal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved