Mozilla Kini Menggunakan Nama “Mozilla Accounts” Menggantikan “Firefox Accounts”

TechnologyDigital
2 Nov 2023 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti telah dimaklumkan sebelum ini, berkuat-kuasa November 2023 ini, Mozilla telah mula menjenamakan semula Firefox Accounts kepada Mozilla Accounts. Perubahan ini adalah lebih kepada penjenamaan sahaja, dimana pengguna masih boleh menggunakan semua seperti biasa tanpa perlu melakukan sebarang perubahan pada pihak anda.

Mozilla melakukan penjenamaan semula ini kerana akaun identiti yang didaftarkan bukan setakat untuk menyimpan data pelayaran Firefox sahaja, tetapi turut boleh digunakan pada produk Mozilla lain seperti Pocket, Mozilla VPN dan sebagainya.

image is not available

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lagi pengenalan produk Mozilla dan penggunaan identiti Mozilla di seantero web. Mozilla turut menyatakan kini mereka turut menambah sokongan Google ID dan Apple ID pada produk mereka untuk memudahkan lagi proses log masuk dan penggunaan.