Mozilla Menjenamakan Semula “Firefox Accounts” Kepada “Mozilla Accounts”

TechnologyDigital
24 Sep 2023 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mozilla kini mengumumkan penjenamaan semula akaun berdaftar yang dahulunya dikenali sebagai Firefox Accounts kepada Mozilla Accounts.

Langkah ini diambil kerana ia akan memudahkan kepelbagaian perkhidmatan dibawah Mozilla boleh menggunakan Mozilla Accounts tanpa berlaku kekeliruan dikalangan pengguna – dan bukan setakat perkhidmatan berjenama Firefox sahaja.

Untuk makluman, pihak Mozilla turut mempunyai perkhidmatan Pocket, Mozilla VPN dan juga Fakespot. Penjenamaan ini turut dikatakan akan memberikan lebih pendedahan berkenaan produk Mozilla lain – selain pengalaman yang konsisten untuk semua.

Perubahan ini alah lebih kepada penjenamaan sahaja. Tiada apa yang perlu dilakukan oleh pengguna buat masa ini. Proses penjenamaan ini dijangka bermula 1 November 2023 kelak.