Jerebu makin teruk! PM Anwar sendiri hubungi Prabowo minta tindakan bersama

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 4:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan memandang serius keadaan jerebu yang semakin membimbangkan sehingga memberi kesan kepada kesihatan rakyat.

Jerebu ditahap membimbangkan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan usaha diplomasi dengan Indonesia turut digerakkan apabila beliau sendiri menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Soal jerebu ini memang satu tahap yang membimbangkan dan saya telah hubungi sendiri Presiden Prabowo. Beliau juga setuju untuk mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata Menteri Luar dan Menteri Alam Sekitar turut berhubung dengan rakan sejawat merka bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk memberikan apa sahaja bentuk kerjasama dalam menangani isu berkenaan.

“Dan kita menyatakan sejak beberapa minggu yang lalu kesediaan kita untuk memberikan apa saja kerjasama kerana tahap ini membimbangkan dan saya tahu mengesankan kesihatan rakyat,” katanya.

Image from: Jerebu makin teruk! PM Anwar sendiri hubungi Prabowo minta tindakan bersama

Tingkatkan pembenihan awan

Beliau menambah, kerajaan juga meningkatkan operasi pembenihan awan dan hujan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama beberapa agensi berkaitan, namun keadaan jerebu masih merunsingkan.

“Insya Allah kita akan cuba lagi tadi sekali lagi saya minta Menteri Luar Hubungi Sekretariat ASEAN kalau boleh sekali lagi menyegarkan mesyuarat lakukan Menteri Perkenaan Alam Sekitar ASEAN,” katanya.

Anwar menegaskan, kerajaan akan terus memantau keadaan serta mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani isu jerebu demi melindungi kesihatan rakyat.

Setakat ini, Indeks Bacaan Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Malaysia terutama di Johor menunjukkan tahap tidak sihat sehingga seluruh sekolah di negeri terbabit diarah tutup.

Perkara tersebut berlaku disebabkan kebakaran hutan yang terjadi di Kalimantan, Indonesia.

Sumber: Malaysia Gazette 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved