MPAJ anjur program kitar semula, bawa barang dapat tunai

17 Jul 2025 • 11:12 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan program Kitar Semula (Trash To Cash) Ahad ini di Dewan Orang Ramai AU4, Jalan AU4/11, Keramat.

MPAJ menerusi Facebook mengalu-alukan penduduk berhampiran untuk hadir ke program tersebut yang bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen MPAJ untuk membendung pencemaran dan memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Berikut merupakan barangan kitar semula:

1. Kutipan minyak masak terpakai (RM2 per kilogram (kg)
2. Kutipan sisa elektrik / elektronik (RM0.20/kg)
3. Kutipan bahan kitar semula seperti tin aluminum RM1/kg, kotak, kertas, plastik Rm0.20/kg dan besi RM0.40/kg (mengikut harga yang telah ditetapkan).

Program itu diselaraskan oleh Rosmayana Abu Rahim selaku wakil Zon 3. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Kitar Semula MPAJ di talian 03-4285 7390.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved