MPAJ kumpul 167 kg sisa e-waste, ajak masyarakat terus pelihara alam sekitar

1 May 2023 • 1:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 1 MEI: Sebanyak 167 kg sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dikumpulkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya setakat April.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata ia sempena program pengumpulan e-waste anjuran Jabatan Kesihatan Alam Sekitar MPAJ di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana Ampang.

“e-Waste merupakan bahan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi, lama atau usang.

“Sisa e-waste dikitar, bumi terpelihara. Mari kita sama-sama menggalas tanggungjawab memelihara alam sekitar,” maklumnya di Facebook.

Tahun lalu, MPAJ berjaya mengumpulkan 12 tan sisa e-waste menerusi pertandingan Hari Alam Sekitar MPAJ yang disertai 47 komuniti termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah mulai April hingga Disember.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved