MPAJ sita barangan penjaja durian tanpa lesen

24 Jun 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPAJ sita barangan penjaja durian tanpa lesen

SHAH ALAM, 24 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita barangan dan peralatan penjaja durian yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam operasi penguatkuasaan di sekitar kawasan pentadbirannya pada Isnin lalu.

Operasi yang dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan MPAJ itu bertujuan memastikan aktiviti jualan buah bermusim dijalankan secara sah, teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Hasil operasi mendapati masih terdapat individu yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

“Sehubungan itu, tindakan sitaan telah diambil terhadap barangan dan peralatan perniagaan yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

MPAJ memaklumkan pihaknya turut menyediakan 55 petak jualan di pelbagai lokasi strategik bagi aktiviti jualan durian sepanjang tahun ini.

Sehubungan itu, peniaga yang berminat digalakkan mendapatkan lesen dan berniaga di kawasan yang dibenarkan bagi menjamin keselesaan orang awam serta mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

“MPAJ akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan aktiviti penjajaan buah bermusim dapat dijalankan dengan lebih teratur, selamat dan memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved