SHAH ALAM, 23 SEPT: Peniaga sekitar Hulu Selangor yang berhasrat mendigitalkan perniagaan dipelawa menyertai program pembangunan Usahawan Platform Selangor (U-PLATS) pada 3 Oktober.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata program bimbingan percuma terhad kepada 30 penyertaan dijadual berlangsung di Dewan Orang Ramai Serendah mulai 9.30 pagi hingga 2.30 petang.
“Peniaga yang ingin mendigitalkan perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana nak mula boleh berdaftar sebagai peserta U-PLATS MPHS sekarang.
“Antara input program adalah pendaftaran TikTok, Google My Business dan asas keusahawanan,” maklumnya di Facebook.
Usahawan boleh membuat pendaftaran menerusi https://forms.gle/XDQALZ7dmkmetF7v7 atau imbas kod QR di poster sebelum 30 September ini.

Tahun lalu, MBI memperkenal program U-PLATS bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan secara digital dengan penglibatan 12 PBT.
Antara modul bimbingan termasuk berkaitan pengenalan kepada keusahawanan, media sosial dan e-dagang serta penciptaan kandungan digital.
The post MPHS pelawa 30 usahawan ikuti program urus perniagaan secara digital percuma appeared first on Selangorkini.
