MPKL sita dua premis perniagaan warga asing

12 Nov 2025 • 12:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita dua premis perniagaan milik warga asing di sekitar Jalan Kebun Baru, Batu 9, Telok Panglima Garang selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran yang sah.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan diambil hasil operasi penguatkuasaan yang dijalankan selepas pemantauan mendapati beberapa premis di kawasan berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

“Tindakan sitaan dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen atau kebenaran rasmi.

“Sitaan barangan pula dibuat di bawah Undang-Undang Kecil 38(1) undang-undang kecil sama,” maklumnya menerusi Facebook.

MPKL menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan operasi berkala bagi memastikan tiada aktiviti perniagaan dijalankan oleh warga asing tanpa lesen sah, selain memastikan pematuhan undang-undang di kawasan pentadbirannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved