MPKS gempur kilang kitar semula tanpa lesen

20 Jan 2023 • 7:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kilang kitar semula yang diserbu pihak berkuasa di sekitar Ijok pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menggempur sebuah kilang kitar semula yang beroperasi tanpa lesen dan menimbulkan kacau ganggu bau di Ijok pada Khamis.

Operasi khas pada jam 9 pagi itu turut dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, operasi itu dijalankan hasil maklumat awam dan risikan mengenai pengoperasian kilang haram di kawasan kampung terbabit.

"Pemeriksaan mendapati premis itu disyaki menyimpan dan memproses buangan terjadual seperti buangan bateri kering dan tembaga serta papan litar plastik," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Lutfi berkata, kilang itu diarah tutup serta-merta dan dikenakan kompaun atas kesalahan tiada lesen aktiviti mengilang.

Ujar beliau, tindakan sitaan turut diambil membabitkan tiga forklift dan satu pemampat udara untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 2007.

"Kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan struktur bangunan tidak mendapat kelulusan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)," tegasnya.

Selain itu, beliau memberitahu, pemilik kilang berusia 50-an juga diarah mengemukakan pelan bangunan tersebut.

Tambah beliau, JAS turut mengambil lima sampel buangan terjadual di premis itu dan merampas tiga suis utama dan satu penyental.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved