MPKS tawar bayaran kompaun parkir kereta RM10 hingga 31 Ogos

14 Aug 2024 • 1:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 14 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan bayaran kompaun tempat letak kereta sebanyak RM10 sehingga 31 Ogos ini.

Menurut MPKS menerusi Facebook, kempen pengurangan bayaran bagi kesalahan gagal membayar caj tempat letak kereta itu bermula 10 Ogos lalu.

“Tawaran yang diberikan adalah sebanyak RM10 sahaja untuk setiap kompaun bagi kesalahan gagal membayar caj tempat letak kereta.

“Bagi terma dan syarat untuk mendapatkan promosi ini, pengguna hanya perlu mengunjungi kaunter bayaran di Ibu Pejabat MPKS, kiosk bayaran MPKS serta melalui aplikasi telefon pintar,” katanya.

Pengguna tempat letak kereta boleh membuat semakan kompaun serta bayaran kompaun melalui aplikasi Flexi Parking (FP) dan Smart Selangor Parking (SSP).

Selain itu, hubungi Unit Perundangan MPKS di talian 03-3289 7385 sambungan 30/31/32 atau laman sesawang http://www.mpks.gov.my untuk maklumat lanjut.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved