MPKS, UiTM anjur program Bumi Hijau, tanam 500 pokok di Masjid Raja Lumu

26 May 2025 • 3:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Fakulti Perniagaan Pengangkutan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bekerjasama menganjurkan program Bumi Hijau 1.0.

MPKS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan menerusi kempen penanaman pokok itu 500 pokok pelbagai spesies ditanam di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor, semalam.

“Pokok berkenaan melibatkan tiga jenis pokok hiasan utama iaitu Garcinia subelliptica (Happy Tree); Loropetalum chinense dan Duranta gold.

“Tujuan utama program ini untuk menyokong usaha jabatan dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar selaras dengan inisiatif bumi hijau,” katanya.

Dalam pada itu, penganjuran program tersebut juga dapat mengindahkan kawasan persekitaran masjid dengan kehijauan pelbagai spesies pokok.

“Malah, ia juga dapat memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan dan komuniti setempat dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar,” katanya.

image is not available
Penuntut UiTM, wakil MPKS dan komuniti setempat bergambar dalam Program Bumi Hijau 1.0 di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada 25 Mei 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor

image is not available
Penuntut UiTM, kakitangan MPKS bersama komuniti menanam pokok menerusi Program Bumi Hijau 1.0 di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada 25 Mei 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved