MPM perlu amal mutu tadbir urus diyakini rakyat – Saarani

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MPM perlu amal mutu tadbir urus diyakini rakyat – Saarani

LUMUT – Perjalanan Manjung menuju status Bandar Raya Pelancongan dan Maritim menjelang 2030 bukan hanya memerlukan pembangunan fizikal tetapi juga mutu tadbir urus yang diyakini rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan Anggaran Penduduk Semasa 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Manjung kini dihuni kira-kira 255,200 penduduk.

Katanya, dengan kekuatan sektor perindustrian, maritim, pelancongan, perikanan, pertanian dan perkhidmatan, Manjung muncul sebagai antara daerah yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Negeri Perak.

“Kedudukannya sebagai pintu masuk ke Pulau Pangkor, disertai khazanah maritim, pantai serta warisan sejarah, menjadikan Manjung sebuah daerah yang mempunyai identiti tersendiri. Tourism Perak merekodkan 2.68 juta pelawat pada tahun 2024, manakala Pantai Teluk Batik pula terus menjadi antara destinasi pilihan pelancong domestik,” katanya Dewan Merdeka di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Merdeka di MPM di sini dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli merasmikan dewan bernilai RM12.7 juta dengan kapasiti 2,500 orang tersebut.

Perasmian Dewan Merdeka berlangsung sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPM.

Beliau berkata, sebagai institusi yang paling hampir dengan rakyat, MPM menjadi wajah pertama kerajaan yang dinilai setiap hari.

“Apabila urusan dipermudah, kawasan awam dipelihara, aduan diberi perhatian dan perkhidmatan disampaikan dengan cekap serta telus, di situlah keyakinan rakyat terbina dan kemajuan benar-benar dapat dirasai bersama.

“Menjadi hasrat kerajaan negeri untuk melihat Manjung terus berkembang secara tersusun, dengan khazanah pesisirnya terus dipelihara, peluang ekonomi dapat dinikmati masyarakat setempat, teknologi dimanfaatkan bagi memudahkan urusan rakyat serta mutu perkhidmatan awam terus dipertingkatkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MPM perlu amal mutu tadbir urus diyakini rakyat – Saarani appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved