Mpox: KKM kenal pasti satu kes baharu

11 Jan 2025 • 9:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
(KKM mengenal pasti satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau Mpox dilaporkan semalam, melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 24 tahun. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau Mpox dilaporkan semalam, melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 24 tahun.

KKM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pesakit berkenaan terlibat dalam aktiviti berisiko dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari.

"Pesakit telah mendapatkan rawatan pada 10 Januari, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital,” menurut kenyataan itu.

Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Mpox di negara ini sebanyak 12 kes sejak Julai 2023, melibatkan sembilan kes pada 2023, dua kes pada 2024 dan satu kes tahun ini dengan kesemua kes merupakan clade II.

Virus Mpox clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus manakala clade II mempunyai kadar kematian lebih rendah.

Menurut KKM, pihaknya terus memantau situasi Mpox di dalam serta luar negara, dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan rasmi terus daripada saluran sahih dengan mengikuti akaun media sosial KKM dan soalan lazim (FAQ) berkenaan Mpox boleh dicapai di pautan mpox.moh.gov.my/ms/soalan-lazim,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved