MPP dan DBKK gesa penyelenggara tingkat pemeriksaan longkang

LocalEnvironment
30 Jul 2026 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

MPP dan DBKK gesa penyelenggara tingkat pemeriksaan longkang

MAJLIS Perbandaran Penampang (MPP) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menggesa semua syarikat konsesi kerajaan supaya meningkatkan usaha memeriksa keadaan longkang tepi jalan di bawah tanggungjawab masing-masing.

Gesaan itu susulan maklum balas daripada seorang pemilik premis di Koidupan dan seorang penduduk di Likas mengenai kekurangan kerja penyelenggaraan terhadap struktur berkenaan di kawasan masing-masing.

Jurucakap Majlis berkata pihaknya mendapati longkang di kedua-dua belah jalan sepanjang 141 meter di Jalan Penampang Baru dipenuhi tumbuhan liar beberapa hari kemudian.

“Air hujan bertakung di beberapa bahagian longkang tersebut, sekali gus mengesahkan kebimbangan pengusaha kedai berkenaan kemungkinan nyamuk Aedes membiak di dalamnya.

ANGGOTA Unit Longkang DBKK memeriksa aliran air limpahan di Lorong Burung Kenari 2.“Pembayar cukai itu turut memaklumkan bahawa aliran air dari longkang berkenaan kadangkala melimpah hingga menyebabkan jalan di hadapan premisnya dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata pihak konsesi telah dimaklumkan mengenai masalah tersebut tidak lama selepas itu.

“Kurang seminggu kemudian kakitangan syarikat berkenaan dipercayai telah membersihkan longkang tersebut,” tambahnya.

Jurucakap itu menjelaskan bahawa syarikat konsesi bertanggungjawab menyelenggara longkang di kedua-dua belah jalan di bawah seliaan Majlis manakala Bahagian Perkhidmatan Bandar agensi berkenaan bertanggungjawab terhadap longkang di belakang rumah dan premis perniagaan di seluruh kawasan pentadbiran.

Beliau berkata kemudahan awam yang diselenggara syarikat konsesi itu dibersihkan mengikut jadual tetap manakala longkang di belakang rumah dan premis pula dibersihkan dua kali sebulan secara bergilir.

Sementara itu jurucakap Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya (Urban Cleanliness Department, UCD) DBKK berkata pihaknya turut mengamalkan pembahagian tanggungjawab yang sama kecuali longkang belakang rumah dalam kawasan pentadbiran DBKK hanya dibersihkan dua kali setahun.

Beliau berkata pemeriksaan telah dilakukan terhadap longkang di bahagian hadapan rumah di Taman Likas Jaya selepas pihaknya menerima aduan daripada pembayar cukai berkenaan.

“Kami dimaklumkan bahawa bau busuk telah dihidu datang dari arah struktur longkang di Lorong Burung Kenari 2.

“Pemilik rumah berkenaan mengesyaki lapisan lumpur tebal yang mungkin mendap di dasar longkang menjadi antara punca masalah tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata kakitangan UCD mengesahkan tumbuhan air tumbuh subur di beberapa bahagian longkang berkenaan sekali gus menyokong kebimbangan penduduk mengenai kewujudan mendapan di dalam struktur tersebut.

Jurucakap itu berkata syarikat konsesi telah dimaklumkan mengenai hasil pemeriksaan berkenaan dan digesa supaya mengambil tindakan membersihkan longkang sepanjang 227 meter di jalan perumahan itu secepat mungkin.

“Ini adalah tindakan maksimum yang boleh kami lakukan kerana kerja penyelenggaraan kemudahan tersebut bukan di bawah tanggungjawab DBKK,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved