MPS diminta tangani segera isu kehabisan kupon parkir kereta

18 Apr 2024 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) perlu bertindak segera dalam mengatasi masalah kehabisan stok kupon parkir kereta 25 sen dan 50 sen.

Timbalan Ketua Bahagian Warisan Sandakan merangkap Pegawai Khas AdunN.55, Alex Wong berkata kehabisan stok kupon itu sudah berlangsung selama beberapa bulan.

“Kupon letak kereta 25 sen dan 50 sen kehabisan stok dan orang ramai tidak dapat membelinya sejak beberapa bulan yang lalu.

“Ini menyebabkan pemilik kereta dan pengguna bimbang sekiranya mereka akan didenda oleh MPS kerana tidak meletakkan kupon parkir,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Katanya, ramai pemilik kereta mengadu bahawa mereka terpaksa membeli dan menggunakan kupon parkir RM2 walaupun mereka hanya mengendalikan urusan di bandar kurang dari satu jam.

Hal sedemikian menimbulkan kekecewaan pengguna kerana mereka terpaksa menanggung beban kewangan tambahan.

Alex juga mengkritik MPS kerana masih belum menjelaskan atau mengumumkan secara rasmi isu kahabisan stok kupon tempat letak kereta dan tidak membuat penjelasan sama ada pemilik kereta perlu meletakkan kupon parkir dalam tempoh ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.