
SANDAKAN: Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki yang menyamun seorang warga emas wanita di Pasar Sibuga, Batu 8 pada pagi Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppa berkata wanita berusia 67 tahun tersebut telah disamun di kawasan parkir kereta di pasar tersebut.
“Wanita itu merupakan penjual sayur masin. Ketika kejadian, beg tangan beliau yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan telah diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
“Lelaki tersebut kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian dengan memandu sebuah kereta,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada media.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Ramasamy menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden tersebut menghubungi pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Morshidi Sian pada talian 0138332996.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Kejadian samun itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup sebuah premis berdekatan lokasi kejadian dan tular di media sosial.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
