MPS laksana projek tebatan banjir di 11 lokasi sekitar Selayang, Gombak

12 Nov 2026 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPS laksana projek tebatan banjir di 11 lokasi sekitar Selayang, Gombak

SHAH ALAM, 12 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempergiat pelaksanaan projek tebatan banjir di 11 lokasi sekitar Selayang, Gombak dan kawasan berhampiran bagi mengurangkan risiko kejadian banjir, khususnya ketika hujan lebat.

MPS berkata, inisiatif itu merupakan usaha memperkukuh keupayaan sistem saliran sedia ada, selain memastikan aliran air hujan lebih lancar bagi mengurangkan risiko limpahan air di kawasan berisiko.

“Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di beberapa lokasi sekitar Selayang, Gombak dan kawasan sekitarnya merupakan antara usaha proaktif MPS bagi meningkatkan keupayaan sistem saliran.

”Inisiatif itu antara lain bertujuan melancarkan aliran air hujan serta mengurangkan risiko kejadian banjir, khususnya ketika hujan lebat,” menurutnya menerusi hantaran di Facebook.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan MPS, projek berkenaan melibatkan lokasi berikut:

  • Jalan Besar 9, 11, 11C dan 19A, Selayang Baru

  • Jalan Sri Selayang dan Jalan 1, Taman Sri Selayang

  • Jalan Wangsa 2/1, Jalan Wangsa 2/6 dan Jalan Wangsa 2/7, Taman Wangsa Permai

  • Jalan 13D, 21, 22, 23 dan 30, Selayang Baru

  • Jalan Laksamana 10, Kampung Laksamana

  • Jalan Perusahaan 1, Perusahaan Batu Caves

  • Jalan Wangsa Utama, Jalan Wangsa 1/2 dan Jalan Wangsa 1/6, Taman Wangsa Permai

  • Jalan KSK Utama, Kampung Sungai Kertas

  • Jalan NGP 2/1, New Green Park

  • Kampung Laksamana

  • Taman Gombak Permai

  • Selain meningkatkan keberkesanan sistem saliran, pelaksanaan projek itu turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

    MPS turut komited menyediakan infrastruktur yang lebih berdaya tahan dan mampan bagi menghadapi risiko banjir, termasuk menerusi kerja penyelenggaraan, pemantauan serta penambahbaikan sistem saliran secara berterusan.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved