MPS tawar diskaun kompaun mulai 1 November hingga 31 Disember

1 Nov 2023 • 6:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 1 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawar pengurangan kompaun sehingga 80 peratus mengikut jenis kesalahan bermula 1 November hingga 31 Disember tahun ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan orang ramai boleh menyemak tunggakan kompaun dengan hadir ke kaunter rayuan jabatan perundangan di tingkat empat Menara MPS atau menerusi sistem MyMPS.

“Kempen pengurangan kompaun Kesalahan di bawah Akta dan Undang-Undang Kecil memberi peluang kepada orang ramai menyelesai tunggakan masing-masing.

“Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad debit atau kredit di kiosk MPS manakala dalam talian melalui MyMPS,” katanya di Facebook.

MPS berkata kompaun yang berstatus saman tidak layak untuk mendapat rayuan pada kempen tersebut.

“Sekiranya gagal menjelaskan kompaun setelah membuat rayuan dalam tempoh kempen, MPS berhak membatalkan rayuan tersebut tanpa sebarang notis.

“Layari www.mps.gov.my atau hubungi Jabatan Perundangan di talian 0361265881/ 5882/ 5875 untuk maklumat lanjut,” katanya.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved