realme GT 7 Pro Ingin Menjadi Peranti AI Yang Boleh Menewaskan Pesaing Mercu Lain

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 4:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

realme GT 7 Pro adalah telefon pintar baharu yang turut akan dijana cip Snapdragon 8 Elite. Peranti ini telah pun disahkan akan ke pasaran Malaysia pada bulan November nanti. Hari ini, realme mendedahkan rekaan peranti serta ciri AI yang bakal ditawarkan. Mereka turut berhasrat untuk peranti ini menjadi pesaing utama kepada peranti mercu premium lain untuk pasaran hujung tahun 2024.

image is not available

realme dikatakan telah bekerjasama dengan Google dan Qualcomm untuk memastikan realme UI 6.0 serba baharu mesra dengan ciri AI generatif yang ingin ditawarkan. realme GT 7 Pro akan menggunakan AI untuk prestasi peranti, pengimejan dan juga gaming. Ia kekal dikuasakan NEXT AI untuk ciri AI Sketch to Image, AI Motion Deblur, AI Telephoto Ultra Clarity dan AI Game Super Resolution.

image is not available

Peranti ini turut direka menjadi lebih premium berbanding realme GT generasi sebelumnya. Ia selesa di dalam tangan, mempunyai berat yang cukup baik dan tidak rasa lompong, kemasan kusam pada bingkai untuk cengkaman lebih baik dan panel belakang dengan corak yang menarik. Bonggol kamera gergasi di belakang memuatkan 3 kamera AI HYPERIMAGE+ yang mengingatkan saya kepada rekaan Xiaomi 14 tetapi apabila dipegang seakan ROG Phone 8.

image is not available

realme GT 7 Pro dengan cip Snapdragon 8 Elite, kamera HYPERIMAGE+ baharu dan ciri NEXT AI generasi seterusnya telah pun disahkan akan tiba ke Malaysia pada bulan November ini. Setakat ini, realme GT 7 Pro adalah peranti Snapdragon 8 Elite terawal yang disahkan akan ke Malaysia. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut tidak lama lagi.