MPV Mewah No.1 Di Malaysia: Harga Denza D9 Tetap Kekal!

LocalCars
23 Jan 2026 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

'image is not available

DENZA Malaysia mengesahkan bahawa harga DENZA D9 akan dikekalkan walaupun pengecualian cukai EV kerajaan ditarik balik pada tahun ini.

Ini bermakna, Denza D9 yang merupakan  mewah No. 1  dan paling popular di Malaysia, akan terus ditawarkan pada harga RM259,000 bagi varian FWD manakala  RM309,000 bagi varian AWD. 

Apa yang cukup menarik,  lebih 1,200 unit terjual dalam tempoh kurang setahun sejak pelancarannya pada Februari 2025,

Di sebalik ulang tahun pertamanya, DENZA Malaysia turut menawarkan ganjaran kepada pelanggan dengan keistimewaan pemilikan bernilai sehingga RM10,000 bagi varian FWD dan RM15,000 bagi varian AWD. 

image is not available

Keistimewaan ini merangkumi pengecas wallbox 22kW berkuasa tinggi percuma bersama pemasangan profesional, bernilai sehingga RM6,000, pakej servis percuma yang komprehensif selama 6 tahun atau 120,000km, bernilai sehingga RM5,000, serta jaminan kenderaan selama 6 tahun.

Bagaimanapun, tawaran ini ditawarkan untuk tempoh terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Mengimbas kembali, Denza D9 didatangkan dalam dua varian Advance FWD (RM259,000) manakala varian  Premium AWD pula berharga (RM309,000).

Bagi varian FWD, ia menawarkan kuasa 308 hp (230 kW) dan 360 Nm dimana ia mampu memecut  dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.5 saat dan  kelajuan maksimumnya pula adalah sekitar 190km/j.

Sementara itu, Premium AWD yang mampu menghamburkan kuasa setakat 369hp dan 470nm pula mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat dan kelajuan maksimumnya juga 190km/j.

image is not available

Kedua-dua varian Denza D9 disumbat dengan  dengan bateri yang sama, iaitu 103.3kWh jenis BYD Blade LFP. Ia juga didatangkan secara standard dengan pengecasan AC 3-fasa 11kW dan menyokong kelajuan pengecasan DC sehingga 166kW.

Dari segi dimensi, ia berukuran 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi serta jarak roda 3,110 mm.

Melihat luarannya, ia kelihatan sedikit sama dengan Toyota Alphard namun Denza D9 sebenarnya ebih lebar daripada Alphard.

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan infotainmen bersaiz 15.6 inci, kluster instrument 3D, ada pengecas wayarles, 14 speaker Dynaudio, meja jenis lipat, kesemua kerusi dibaluti dengan kulit Nappa, didatangkan dengan kerusi kapten dengan fungsi urut, 4 ISOFIX dan banyak lagi.

image is not availableimage is not available

Mengenai ruang butnya, ia seluas 410 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruang butnya boleh menjadi lebih luas iaitu 2,310 liter.

image is not available

Dari segi ciri keselamatan, ia juga sama dengan jenama BYD yang lain dimana Denza D9  didatangkan dengan Sistem ADAS  sekali gus  membolehkan  pemanduan separa autonomi Tahap 2.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi Bilik Pameran Sah Premium DENZA .