MR D.I.Y. Kembali Dengan “Bersama Satu Bazaar” Sempena Merdeka

LocalSales & Promo
26 Aug 2025 • 10:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Berita baik untuk warga Lembah Klang! Peruncit perkakas rumah nombor satu negara, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.), sekali lagi menganjurkan bazaar Merdeka yang dinanti ramai. Kali ini, acara yang membawa tema “Bersama Satu Bazaar” bakal berlangsung lebih meriah, bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Bazaar empat hari ini akan diadakan di Tapak Parkir Terbuka Sunway Pyramid bermula 29 Ogos hingga 1 September 2025, membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan sambutan ini.

Lebih 100 gerai makanan dan produk tempatan bakal menghiasi acara, termasuk penyertaan jenama di bawah kumpulan MR D.I.Y. sendiri, MR D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR. Pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan kegemaran rakyat seperti roti canai, nasi lemak, laksa, kuey teow, burger, mi, pencuci mulut serta aneka minuman. Turut ditawarkan ialah barangan kraftangan, aksesori buatan tangan, alat tulis, kosmetik, pakaian, bunga dan banyak lagi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain membeli-belah, bazaar ini juga menjanjikan pengalaman menyeronokkan dengan persembahan kebudayaan dan kontemporari, bengkel kreatif serta permainan interaktif. Keluarga dengan anak kecil pasti terhibur dengan taman permainan inflatable dan petting zoo yang disediakan.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata penganjuran kali kedua ini hadir selepas sambutan luar biasa pada edisi pertama.

“Kami mahu menyatukan rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Kebangsaan bersama-sama. Selain itu, acara ini juga memberi peluang kepada usahawan tempatan dan penggiat seni untuk menyerlah dalam suasana yang inklusif,” katanya.

Bagi memeriahkan lagi acara, MR D.I.Y. turut menyediakan beg tote percuma setiap hari kepada pengunjung yang melengkapkan Cabaran Pasport Bazaar. Hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM8,000 juga menanti pengunjung bertuah.

Dalam masa sama, MR D.I.Y. menawarkan promosi istimewa untuk 98 produk di semua cawangannya di seluruh negara, sejajar dengan janji syarikat iaitu “Always Low Prices”.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bersama Satu Bazaar, layari:
https://www.mrdiy.com/mr-diy-bersama-satu-bazaar-2025

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MR D.I.Y, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti jenama tersebut di Facebook, Instagram, dan TikTok.