
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2024 — Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] kembali menyentuh hati dengan filem web Hari Raya Aidilfitri yang baru dilancarkan bertajuk ‘Sama-Sama Melangkah’.
Filem berdurasi 4-minit itu mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Rahmat, yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarganya, serta ibu, isteri, dan anak perempuannya Aisha. Kerana kerjayanya yang memerlukan dia berpindah dari kampung ke bandar, Rahmat dengan berat hati terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua. Walaupun tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibunya melalui panggilan telefon, dia amat kesal kerana tidak mampu menjaganya sendiri kerana tuntutan masa dan saiz ruang yang terhad di rumah mereka. Satu kejadian berlaku, menyebabkan anak perempuannya menuduhnya mengabaikannya, yang menyebabkan kenangan silam Rahmat bersama ibunya kembali semula, membuatkan dia berasa kesal kerana mengabaikan ibunya. Filem itu berakhir dengan Rahmat meminta maaf kepada ibunya, dan mereka sekeluarga kemudiannya meraikan Hari Raya yang dengan penuh meriah.
Mengulas mengenai filem web perayaan ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Di MR D.I.Y., kami percaya dengan kuasa penceritaan, dan bagaimana ia boleh menyatukan orang ramai. Filem web perayaan ini meraikan hubungan yang mendalam antara ibu dan anak lelaki, dan fokus akan kepentingan mengetepikan perbezaan untuk membina hubungan kekeluargaan yang kukuh dan mencipta kenangan yang kekal seumur hidup. Kami menggesa setiap rakyat Malaysia untuk memanfaatkan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini untuk berhubung semula dengan keluarga dan orang tersayang, untuk mencipta detik perayaan yang penuh bermakna..”
Filem web ini tersedia untuk ditonton di platform YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok rasmi MR D.I.Y. Tonton versi penuh di sini.
Filem web ini adalah sebahagian daripada inisiatif 'Raya Sama-Sama' MR D.I.Y pada Hari Raya Aidilfitri ini, yang turut merangkumi promosi “Raya Sama-Sama Bijak Berbelanja” di cawangan terpilih di seluruh negara, menampilkan 100+ barangan hiasan perayaan yang unik serta diskaun untuk pelbagai keperluan rumah. Inisiatif ini bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2024.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif perayaan Hari Raya Aidilfitri peruncit, MR D.I.Y. telah melantik penyanyi, pelakon dan pengacara TV popular Malaysia, Alif Satar sebagai dalam beberapa siri acara. Pelanggan dan peminat Alif boleh menyertai MR D.I.Y. pada 'Meet & Greet' pada 21 Mac 2024 di MR D.I.Y. PLUS Mid Valley Megamall, diikuti dengan acara 'Buka Puasa' bersama para peminat bertuah pada hari yang sama.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Hari Raya Aidilfitri MR D.I.Y., layari laman web mrdiy.com, platform e-dagang mrdiy.com.my, dan laman sosial medianya di Facebook, Instagram, dan TikTok.


