MR D.I.Y. Lancar Kempen Raya Sama-Sama, Tawar RM80,000 Untuk Dimenangi & Jemputan Ke Rumah Terbuka Eksklusif Bersama Alif Satar

LocalEntertainment
10 Mar 2026 • 3:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MR D.I.Y. Lancar Kempen Raya Sama-Sama, Tawar RM80,000 Untuk Dimenangi & Jemputan Ke Rumah Terbuka Eksklusif Bersama Alif Satar

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2026 – Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026, MR D.I.Y. Malaysia tampil dengan kempen penuh keceriaan, Raya Sama-Sama, bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kempen berskala nasional ini menggabungkan cabaran menari yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000 serta promosi istimewa bagi membantu orang ramai membuat persiapan Raya dengan lebih berhemat.

Tunjang utama kempen ialah video muzik Raya Sama-Sama berserta cabaran menari, di mana keluarga, rakan-rakan dan komuniti boleh menonjolkan kreativiti mereka melalui muzik dan gerak tarian.

Inisiatif digital ini turut diiring oleh promosi Raya Sama-Sama Jimat, mengukuhkan komitmen MR D.I.Y. untuk membantu setiap isi rumah meraikan Aidilfitri tanpa membebankan kos perbelanjaan mereka.

Raikan raya dan menang dengan Raya Sama-Sama Dance Challenge

Berlangsung dari 7 Mac hingga 7 April 2026, Raya Sama-Sama Dance Challenge mengajak rakyat Malaysia menzahirkan semangat perayaan menerusi persembahan tarian atau lip-sync yang kreatif.

image is not available
Kredit: MR D.I.Y.

Peserta berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000, termasuk jemputan eksklusif ke rumah terbuka Raya bersama Alif Satar dan The Locos.

Baca juga:

Untuk menyertai cabaran ini, peserta hanya perlu:

  • Cari lagu: Dapatkan lagu rasmi Raya Sama-Sama 2026 di TikTok atau Instagram.

  • Rakam video kreatif:  Hasilkan video tarian atau lip-sync bersama keluarga, rakan atau rakan sekerja.

  • Muat naik dan tag: Muat naik video di mana-mana platform media sosial menggunakan audio rasmi serta tanda pagar #RayaSamaSama2026

  • Hantar penyertaan: Lengkapkan penyertaan dengan menghantar pautan video di https://www.mrdiy.com/mr-diy-rayasamasama2026

  • image is not available
    Kredit: MR D.I.Y.

    Berjimat di musim perayaan dengan Raya Sama-Sama Jimat

    Untuk membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Aidilfitri, MR D.I.Y. turut memperkenalkan promosi Raya Sama-Sama Jimat yang berlangsung dari 23 Februari hingga 31 Mac 2026. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai hiasan Raya serta barangan keperluan rumah pada harga istimewa “Always Low Prices”, bermula serendah RM2.

    Antara rangkaian promosi yang ditawarkan termasuk:

    • Hiasan dan lampu dekorasi Raya

    • Peralatan hidangan serta kelengkapan dapur untuk rumah terbuka

  • Barangan pembersihan dan peralatan penambahbaikan rumah

  • Kit aksesori kereta untuk persiapan balik kampung

  • Pelbagai aksesori dan hadiah untuk seisi keluarga

  • image is not available
    Kredit: MR D.I.Y.

    “Kempen Raya Sama-Sama menyatukan rakyat Malaysia melalui pengalaman bersama yang mencerminkan semangat sebenar Aidilfitri,” kata Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran, MR D.I.Y. Group (M) Sdn Bhd.

    Dengan menggabungkan cabaran digital bersama komitmen kami terhadap produk berkualiti pada harga berpatutan, kami mahu memastikan sambutan Raya lebih mudah diakses, inklusif dan bermakna untuk semua.”

    Layari laman web atau ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok, XiaoHongShu, X dan YouTube untuk maklumat lanjut.