
Dengan lebih 1,300 cawangan di seluruh negara, MR D.I.Y telah memenangi hati dan minda rakyat Malaysia sebagai peruncit perkakas rumah pilihan mereka.
Menyedari perkara ini, dan mengukuhkan hubungan rapatnya dengan rakyat Malaysia di seluruh negara, peruncit baru-baru ini melancarkan inisiatif terbaharunya, “Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi”.
Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh, berkata, “MR D.I.Y telah menjadi 'jiran' yang dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak kami dilancarkan pada 2005. Sebagai peruncit perkakas rumah yang terkemuka di Malaysia, kami menjadikan keutamaan kami untuk menjadi jiran yang baik kepada para pelanggan kami -- menyepadukan komuniti yang kami layani, menyediakan bukan sahaja pelbagai jenis keperluan harian tetapi juga memastikan harga barangan mampu milik, mudah akses untuk mereka, di samping berada di lokasi yang sesuai serta memberikan sokongan dan membantu komuniti yang memerlukan.
“Rangkaian kami yang lebih daripada 1,300 cawangan bermakna kami mudah didekati oleh para pelanggan kami, di mana sahaja mereka berada. Inisiatif ‘Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi’ ini adalah salah satu cara untuk kami menunjukkan bahawa kami akan sentiasa menjadi jiran mereka yang berterusan, dan memberi impak positif dalam kehidupan mereka.”

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, peruncit baru-baru ini menyediakan beberapa ruang tempat duduk baharu di Stesen LRT Ampang Park. Tempat duduk yang bukan sahaja memberi keselesaan untuk untuk penumpang; malah, reka bentuk bertemakan panda yang comel menambahkan kecerian serta senyuman kepada mereka yang lalu lalang. Idea bernas ini menunjukkan dedikasi MR D.I.Y. untuk meningkatkan ruang komuniti dan mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk rakyat Malaysia.
Di samping itu, jenama itu turut menampilkan selebriti, penyanyi, pelakon, dan pengacara terkenal tempatan yang berbakat, Alif Satar sebagai Jiran MR D.I.Y.. Rakyat Malaysia boleh menonton Alif Satar dalam siri filem web ‘Jiran Sejati Sentiasa Di Sisi’ di laman media sosialnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MR D.I.Y., ‘Jiran Sejati, Sentiasa Disisi’, layari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, media sosial Facebook, dan Instagram.

