MR D.I.Y. menjemput penyertaan dari sekolah-sekolah menengah untuk Pertandingan ‘DIY Made Simple’

27 Feb 2025 • 4:17 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: MR D.I.Y. menjemput penyertaan dari sekolah-sekolah menengah untuk Pertandingan ‘DIY Made Simple’
SMK Tinggi St. David dari Bukit Baru, Melaka, menjuarai pertandingan ‘DIY Made Simple 2024’ dengan ciptaan mesra alam mereka, ‘Simple School Shoes Cleaner 1.0 (SSSC 1.0)’

Tema: "Sisa kepada Tenaga – Inovasi untuk Masa Depan Lebih Hijau"

Pertandingan tahunan DIY Made Simple kembali untuk edisi kesembilan! Pertandingan yang terbuka kepada sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia ini menggalakkan para pelajar menampilkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah sambil menangani cabaran kelestarian dalam dunia sebenar.

Tema pada tahun ini, “Sisa kepada Tenaga – Inovasi untuk Masa Depan Lebih Hijau,” mencabar para pelajar untuk menukar sisa pepejal kepada sumber tenaga yang boleh digunakan. Seiring dengan usaha Malaysia mengatasi masalah sisa yang semakin meningkat, pendekatan sisa-kepada-tenaga (waste-to-energy, WTE) menawarkan penyelesaian yang mampan dengan mengurangkan bebanan ke atas tapak pelupusan sampah serta menyokong inisiatif tenaga hijau. Ini sejajar dengan dasar tenaga dan alam sekitar negara, sekali gus menyumbang kepada sasaran Malaysia untuk mencapai kadar kitar semula 40% menjelang 2025.

Image from: MR D.I.Y. menjemput penyertaan dari sekolah-sekolah menengah untuk Pertandingan ‘DIY Made Simple’
SMK Tinggi St. David dari Bukit Baru, Melaka, menjuarai pertandingan ‘DIY Made Simple 2024’ dengan ciptaan mesra alam mereka, ‘Simple School Shoes Cleaner 1.0 (SSSC 1.0)’

Antara contoh inovasi yang boleh diketengahkan dalam tema ini termasuklah mencipta panel solar daripada sisa elektronik, penjana elektrik daripada sisa plastik, lampu LED yang dikuasakan dengan bateri bio, turbin mini menggunakan air sisa, bateri daripada sisa logam, serta penghasilan hidrogen daripada air sisa. Menerusi kreativiti dan inovasi, pertandingan DIY Made Simple memberi inspirasi kepada para pelajar untuk membentuk masa depan yang lebih hijau dan mampan.

Image from: MR D.I.Y. menjemput penyertaan dari sekolah-sekolah menengah untuk Pertandingan ‘DIY Made Simple’
Pertandingan ‘DIY Made Simple’ kembali lagi. Penyertaan dibuka sekarang!

Seperti biasa, pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah yang menarik! Pasukan yang muncul juara bakal membawa pulang wang tunai RM4,000, diikuti RM3,000 untuk naib juara, RM2,000 bagi tempat ketiga, RM1,000 untuk tempat keempat, dan RM500 untuk tempat kelima. Semua pasukan yang bertanding juga akan menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM300, sijil digital, dan trofi. Hadiah khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada pasukan dengan video pertandingan paling popular di YouTube.

Sekolah-sekolah yang berminat boleh menghantar penyertaan selewat-lewatnya pada 8 Mei 2025. Panel hakim yang terdiri daripada wakil-wakil dari Universiti Malaya (UM), Yayasan MR D.I.Y., dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menilai penyertaan dan menyenarai pendek 16 buah sekolah. Sekolah-sekolah yang terpilih akan bekerjasama dengan para pensyarah dari Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) bagi merealisasikan idea mereka untuk penilaian peringkat akhir di Universiti Malaya pada Ogos nanti.

Pertandingan ‘DIY Made Simple’ dianjurkan oleh Yayasan MR D.I.Y., cabang amal milik peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Bhd (MR D.I.Y.), dengan kerjasama Pusat Penglibatan Komuniti Universiti Malaya (UMCares), Fakulti Alam Bina, dan Bahagian Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan ini, layari https://myumcares.um.edu.my/diy-made-simple-2025-waste-to-energy-innovate-for-a-greener-future.html. Untuk maklumat lanjut, layari www.mrdiy.com, dan media sosial, Facebook, Instagram, dan TikTok.