
Tuaran: Terdapat keperluan untuk memberikan pendedahan awal mengenai pengetahuan asas politik dan demokrasi negara kepada belia seawal di bangku sekolah, khasnya di peringkat menengah atas, kata seorang penganalisis politik.
Mencadangkan demikian, Jo-Anna Henley Rampas berkata ia boleh dimasukkan dalam dalam silibus subjek Pengajian Am dan diawalkan bermula Tingkatan 4.
Advertisement“Dalam silibus ini boleh diselitkan satu subjek khusus untuk anak-anak muda kita memahami asas politik atau bagaimana corak politik semasa, khasnya dalam demokrasi dan membentuk pemimpin berwibawa pada masa akan datang.
“Bagi saya, apabila kita melihat anak-anak muda sekarang ini, realitinya kita tahu mereka cenderung untuk tidak melibatkan diri dalam politik.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bagaimanapun, tidak pasti kenapa, adakah kerana mereka tidak berminat dengan politik ataupin tidak ada pendedahan dengan ilmu politik,” katanya ketika ditemui Daily Express selepas sebuah program di sini, baru-baru ini.
Jo-Anna turut mencadangkan pengenalan silibus asas politik untuk dijadikan sebagai sebuah subjek yang boleh dibawa hingga ke Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Advertisement“Ini mampu memberikan pengetahuan kepada anak-anak muda kita dan mereka boleh memahami perihal demokrasi dengan lebih mendalam dan tepat.
“Saya percaya bahawa apa sahaja perubahan atau langkah ke arah yang lebih baik perlu dipupuk dan dimulakan dari peringkat awal.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Untuk isu ini, tentunya memulakan sistem pendidikan asas politik adalah antara jalan yang boleh dilakukan,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, pendedahan asas politik sejak bangku persekolahan adalah penting memandangkan belia bakal menjadi pengundi pertama.
Tambahnya, belia perlu diberikan pengetahuan agar mereka dapat membuat pernilaian dengan lebih baik ketika mengundi.
Jo-Anna berkata perkembangan teknologi semasa turut menonjolkan peranan media sosial sebagai medium penyampaian dan penerimaan informasi secara interaktif kepada golongan terbabit.
“Jika kita melihat media sosial dalam kehidupan seharian, yang kita sebut sebagai fenomena ‘clicktivism’ yang merujuk kepada perlakuan pengguna dalam menggunakan internet untuk tujuan interaksi sosial atau politik misalnya berkongsi ‘posting’, memberikan tanda suka di laman yang digemari dan sebagainya.
“Biasanya pengguna media sosial cenderung untuk menyukai isu yang dekat dihati mereka, kemudian mereka akan klik, berikan tanda ‘like’ dan akan berkongsi sekali gus meluaskan lagi penerimaan serta perkongsian tersebut. Ini adalah fenomena yang kita gelar sebagai ‘echo chamber’.
“Kesannya, mereka akan percaya apa yang mereka nampak dan ini sebenarnya yang membuatkan kebanyakan anak muda kita dikawal oleh algoritma dalam media sosial itu sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Jo-Anna juga berkata untuk melahirkan pemimpin masa hadapan memerlukan persediaan yang sesuai khasnya untuk membawa Sabah agar lebih berpotensi dan maju.
“Sebab kenapa penting untuk kita fokus kepada memupuk generasi belia kita agar mereka faham dengan politik tentunya adalah kerana mereka perlu bersedia dan mempunyai ilmu di dada.
“Anak muda kita di Sabah, kita lihat, mereka mahu mendekati dan memahami politik tetapi mereka sendiri kurang pasti untuk memilih apa dan siapa yang sewajarnya dipilih.
“Di sanalah kita akan nampak, sebenarnya pengaruh daripada ibu bapa dan rakan sebaya turut menyumbang kepada keputusan yang diambil oleh generasi belia ini,” katanya.
Katanya, kajian yang dijalankannya juga mendapati bahawa peranan dan pengaruh rakan adalah penyumbang kepada keputusan akhir yang dibuat oleh golongan belia, khasnya dalam memilih pemimpin.
“Untuk itu, kita perlu pastikan bahawa anak-anak kita, belia-belia kita, terutamanya mereka yang baru mengundi dan akan mengundi secara automatik selepas undi 18, dibentuk dengan acuan ilmu dan asas politik yang sihat.
“Seboleh-bolehnya kita mula terapkan bahawa pendidikan ilmu politik adalah penting untuk memberi persediaan kepada mereka sebelum mereka terlibat dalam politik kelak,” katanya lagi.
Jo-Anna menambah, pemimpin tempatan juga menyampaikan mesej politik atau informasi berkaitan perjuangan yang dibawa, dalam bentuk yang mudah untuk difahami oleh golongan muda, khasnya.
Katanya, berkomunikasi secara berkesan adalah kunci untuk sebuah maklumat itu berjaya sampai dan difahami oleh akar umbi.
“Kita ambil contoh isu MA63, kita ringkaskan dan jelaskan kepada rakyat, generasi baru apa erti kata mudah MA63 yang dibawakan dalam perjuangan pemimpin tempatan kita dan mesej itu harus sampai kepada mereka untuk kita memastikan mereka akan terus membuat pilihan yang tepat.
“Begitu juga tentang 40 peratus yang diperjuangkan, apa kesan dan impaknya kepada rakyat dan negeri.
“Kita perlu jelaskan bahawa 40 peratus itu jika Sabah dapat peroleh semula, ini akan beri kesan positif kepada negeri ini, kita akan ada lebih banyak duit untuk kegunaan Sabah dan rakyatnya, untuk kita fokus pembangunan kita sendri.
“Ini sebenarnya kunci kepada keberkesanan komunikasi untuk kita ‘tackle’ generasi belia kita, yang mana sekarang bukan sekadar Gen Z, tapi Gen Alpha.
“Hari ini mereka guna teknologi maklumat untuk memperoleh informasi dan mengetahui tentang sesuatu,” akhirinya.



