Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], meraikan ulang tahunnya yang ke-20 pada Julai ini dan akan mengadakan konsert ulang tahun mega pada 11 Julai 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Dan ianya pasti akan menjadi sebuah sambutan yang tidak dapat dilupakan!
Selama 20 tahun, MR D.I.Y. telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia. Bermula pada 2005 sebagai sebuah kedai perkakasan kecil di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, ia telah berkembang menjadi sebuah ikon runcit negara dan menjadi destinasi sehenti yang mesti dikunjungi untuk keperluan rumah di setiap negeri. Hari ini, MR D.I.Y. beroperasi di lebih 1,400 lokasi di seluruh negara, dari bandar utama hingga ke pekan kecil, dan dipercayai pelanggan kerana janji 'Always Low Prices’ nya.
Konsert yang akan datang adalah sebahagian daripada inisiatif Kumpulan MR D.I.Y. bagi menghargai para pekerja, pelanggan setia dan rakan kongsinya atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka sepanjang dua dekad yang lalu.
Konsert ulang tahun itu akan menampilkan barisan legenda muzik Malaysia yang terkenal, termasuk vokalis Shila Amzah dan Jaclyn Victor, ikon rock Amy Search, Awie, dan Ella, kegemaran pop Mandarin Penny Tai, bintang yang sedang meningkat naik Jeryl Lee, dan trio pop dinamik, 3P. Bersama-sama, mereka menjanjikan malam yang tidak dapat dilupakan, dipenuhi dengan sambutan dan hiburan yang bertaraf dunia.
Mengulas mengenai acara tersebut, Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., berkata, "Selama 20 tahun, kami telah bersama Malaysia dan rakyat Malaysia, meraikan kejayaan, menghadapi cabaran, dan berkembang bersama. Kami berhasrat untuk membuat perubahan sebenar dengan membawa nilai kepada komuniti, memperkasakan para pekerja kami, dan membuat pilihan yang lebih baik demi masa depan yang lebih hijau. Sempena ulang tahun yang ke-20 ini, kami bukan sahaja mengimbas perjalanan kami, tetapi juga bersemangat untuk melangkah demi masa depan yang lebih cerah. Dan konsert ini merupakan cara kami menghargai dan berterima kasih kepada para pekerja, pelanggan dan rakan kongsi kami kerana berkembang bersama kami.”
Konsert itu akan menampilkan pertunjukan cahaya laser, bunga api, persembahan secara langsung, makanan dan minuman daripada jenama popular, sesi bergambar di ‘photo booth’, dan permainan interaktif. Para hadirin berpeluang memenangi 20 unit jongkong emas 5g dalam sesi cabutan bertuah istimewa.
Tiket konsert percuma telah diberikan kepada pelanggan yang berminat, yang membeli-belah di cawangan-cawangan MR D.I.Y. pada 31 Mei dan 14–15 Jun, 2025.
Kumpulan MR D.I.Y. hari ini merangkumi beberapa jenama termasuk MR D.I.Y., MR D.I.Y. Express, MR D.I.Y. PLUS, MR. TOY, MR. DOLLAR, dan EMTOP. Bermula di Malaysia, jenama MR D.I.Y. telah berkembang ke 14 buah negara, dengan lebih 5,000 cawangan di seluruh Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, India, Türkiye, Sepanyol, Vietnam, Bangladesh, Poland dan Afrika Selatan.
Bersempena sambutan ulang tahunnya juga, MR D.I.Y. turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk lebih 130 barangan keperluan rumah dan F&B di seluruh negara sepanjang Julai. Sambutan diteruskan dengan peraduan khas tujuh hari ‘Scratch & Win’, bermula dari 25 hingga 31 Julai, 2025, di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,000,000, termasuk jongkong emas 10g, beg tangan Louis Vuitton, telefon pintar iPhone 16, robot AI, dan baucar wang tunai RM1,000.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Konsert Ulang Tahun Ke-20 MR D.I.Y., layari https://www.mrdiy.com/concert2025. Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, mrdiy.com.my, atau ikuti jenama itu di Facebook, Instagram, dan TikTok.




