“Mr General ikut sekali ke?” – Hantaran Kolaborasi Malique & Zizi Kirana Jadi Tumpuan Netizen

Entertainment
23 Sep 2025 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi Zizi Kirana kini menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dan sedang memberikan tumpuan dalam pelayaran Global Sumud Flotilla (GFS). Setelah hampir sebulan menyertai misi tersebut, Zizi ada menjelaskan bahawa dia bakal sampai ke Gaza dalam masa lebih kurang seminggu lagi.

Menurut laporan Kosmo!, Zizi antara 15 rakyat Malaysia termasuk pelakon Ardell Aryana yang mengikuti misi bantuan itu dan mereka berlepas dari tanah air pada 31 Ogos lalu.

 

Mr General ikut sekali ke? – Netizen

Bagaimanapun, satu perkongsian terbaru daripada Zizi Kirana telah mencuri tumpuan netizen, dalam perkongsian di Instagram itu, dilihat Zizi ada membuat hantaran kolaborasi bersama penyanyi rap Malique Ibrahim.

Perkongsian tersebut sekaligus mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen jika Malique adalah salah seorang daripada 15 individu yang terlibat bersama Zizi dan Ardell.

image is not available image is not available image is not available

Namun begitu, ramai juga yang mengatakan bahawa ia hanyalah sekadar tanda sokongan dirinya terhadap Zizi Kirana.

Sumber : Kosmo! Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.