Mr Malaysia 2023: Sabah rangkul satu emas, satu perak dan empat gangsa

20 Oct 2023 • 2:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah merangkul satu emas, satu perak dan empat gangsa untuk menduduki tempat kelapan keseluruhan pada Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Mr Malaysia kali kedua yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Lily Nur Izzaty Ahmad memenangi satu-satunya pingat emas dalam kategori ‘athletics physique’ wanita dengan menewaskan Tan Hwei Ling dari Kedah dan di tempat ketiga ialah Kasma Mohd Kadir dari Sarawak.

Pingat perak disumbangkan oleh Janteha Lingam dalam kategori ‘model physique’ wanita, tewas kepada Tina Nubin dari Sarawak, manakala gangsa disampaikan oleh Bryan Isidore Tubong (athletics lelaki sehingga 175cm), Shedy Dorunsi (light flyweight +55kg), Nicholas Li Boon Shiew (light 70kg) dan Ronald Charlie Rycho (welterweight 75kg).

Pengurus pasukan Clarence Runggi mengucapkan tahniah kepada pemenang pingat dan berpuas hati dengan prestasi atlet walaupun terlepas sasaran dua emas dan dua perak.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Sangat gembira dengan keputusan itu dan ia membuktikan kami mampu menyumbang pingat dalam kategori fizikal dan bina badan.

“Saya berharap kita dapat mencungkil lebih ramai atlet untuk cemerlang dan mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada penaja utama Andrew Liew Vui Liong yang merupakan pengarah urusan Navig8 Maritime Services Sdn Bhd dan juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedict kerana menaja makanan kepada kontinjen negeri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.