
MrBeast Individu Pertama Berjaya Capai 1 Juta Pengikut Di Threads
MrBeast dilaporkan telah mencipta rekod sebagai orang pertama yang mencapai satu juta pengikut di aplikasi terbaru Threads.
Memetik Guiness World Records, YouTuber MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson, hanya memerlukan beberapa jam untuk mengumpulkan pengikut yang ramai tersebut.
MrBeast mencapai sejuta pengikutnya pada 2:42 petang waktu ‘British Summer Time’ (BST).
Apabila beliau mengetahui pencapaiannya itu telah memecahkan rekod, MrBeast sempat memuat naik hantaran di Twitter miliknya.
“Shhhh, jangan beritahu polis Twitter saya menipu mereka,” tulis ciapan MrBeast.
Secara teknikalnya, beliau bukanlah akaun pertama yang mencapai angka pengikut seramai itu. Antara yang mencapai angka itu adalah organisasi seperti Instagram dan National Geographic.
Sementara itu, bio MrBeast di Threads secara berseloroh telah menulis bahawa dia merupakan bakal CEO Threads di masa depan.
Dalam pada itu, beliau memperoleh pengikut sebanyak satu juta selepas hanya menyiarkan tiga kali hantaran sahaja.
Hantaran pertamanya sejurus selepas aplikasi itu dilancarkan berbunyi: “Soooo, berapa lama lagi sehingga kami juga ketagih dengan aplikasi ini?Lol”.
Selain itu, beliau juga meminta pengikutnya untuk menekan tombol ‘like’ jika merasakan bahawa Mark Zuckerberg patut menjadikannya CEO bagi aplikasi tersebut.
MrBeast juga sempat bergurau kasar: “Saya rasa seperti saya curang dengan Twitter apabila menggunakan aplikasi ini.”
Aplikasi Meta Threads telah dikemukakan sebagai alternatif ‘mesra’ kepada Twitter, yang telah mencecah beberapa kelajuan sejak ia diambil alih oleh jutawan Space-X, Elon Musk.
Seperti Twitter, pengguna juga boleh membuat hantaran mereka termasuk pautan, gambar dan video. Malah pengguna juga boleh menyukai hantaran, membalas dan berkongsinya dengan pengikut mereka sendiri.
Setiap hantaran Threads terhad kepada maksimum 500 aksara. Bagi memudahkan pengguna baharu, orang ramai boleh log masuk melalui akaun Instagram mereka dengan mengimport gambar profil dan bio mereka.
Threads dikatakan telah menarik lebih daripada 10 juta pengguna dengan pantas daripada kumpulan dua bilion pengguna akaun Instagram yang wujud.
Zuckerberg yang merupakan orang kedua mencapai satu juta pengikut di Threads menulis: “Matlamatnya adalah untuk memastikan ia mesra semasa ia berkembang. Saya fikir ia mungkin terjadi dan akan menjadi kunci kejayaan itu.”
Sebelum ini, aplikasi media sosial yang menfokuskan perbualan berasaskan teks telah dilancarkan pada semalam. Pelancaran aplikasi itu dikatakan untuk menyaingi aplikasi Twitter yang menggunakan ciri yang sama.
Sumber: Guiness World Records
The post MrBeast Individu Pertama Berjaya Capai 1 Juta Pengikut Di Threads appeared first on Siakap Keli.



